Saya membesar dengan lagu- lagu nasyid dari kumpulan Rabbani. Namun yang saya kenal tuan dan cam suaranya allahyarham Ust Asri seorang je. Sambil- sambil mebuat revision di pagi jumaat untuk final exam paper petang nanti, salah satu zikir yang dialunkan oleh allahyarham mengusik naluri. Hilang gementar untuk exam, diganti gementar untuk terus melalui ujian dalam kehidupan ini. Allahyarham alhamdulillah sudah selamat ke destinasi sedang kita- kita ini masih dalam perjalanan. Jalan saya entah masih jauh entah dekat tidak terduga. Bekalan entah di mana lagi, amal pula tak seberapa. Entah ada ke tidak amal tu sebenarnya. Berada di dalam zon selesa kadang- kadang membuatkan kita terleka akan tujuan asal penciptaan.
Ya andai ditanya pasti- pasti sahaja kita menjawab sekalian jin dan manusia itu diciptakan tidak lain melainkan untuk beribadat dan menyembah Allah yang Esa. Tapi minda tidak sedar kita mementingkan kerja, pelajaran, keluarga dan dunia keseluruhannya. Bahkan minda tidak sedar itu yang lebih power, mempengaruhi kehidupan kita. Astaghfirullah.
Bila ujian di depan mata lebih membuatkan kita gementar sehingga kita lupakan akhirat. Apapun, jangan sehingga kesibukan membuatkan kita lupa pada Allah, itu satu pesanan yang saya tetap akan pegang sehingga akhir hayat. Moga Allah swt tetapkan hati saya, hati kita semua untuk terus alert dan istiqomah di jalan-Nya. Amin, amin amin ya Rabb.
Ya Allah ya Muqollib al-qulub, tsabbit qulubi ‘ala diiniKa!
No comments:
Post a Comment