Sunday, January 9, 2011

Go find Allah in your heart.

Tiba- tiba dia naik angin. Apa yang disampaikan, bagai angin lalu di telinganya. 
Mintalah pada Allah, insyallah Dia kabulkan.

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

 “Allah Ta’ala berfirman, “Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku 
dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 3/210)

-"Bukan semua yang kita minta tu, kita akan dapat kan?" Sinis.

Faham. Walau mengerti apa yang dia cuba sampaikan, masih memilih untuk tidak mengulas panjang. Betapa dia cuba menyuntik hati dengan kemarahan. Sifat sebenar seorang manusia hanya dapat diketahui melalui dua keadaan. Yang pertama, semasa dia mabuk (na'udzubillah!) dan yang kedua, sewaktu dia sedang marah.

Masalahnya cuma satu. Apa yang dia mahukan itu adalah sekeping hati, namun telah tuan-punya-hati itu telah serahkannya bulat- bulat kepada pemegang tangkai hati merangkap Sang Pemilik nyawanya. Andai sekalipun tuan-punya-hati itu ingin menyerahkan padanya, belum tentu Rabb nya mengizinkan. Untuk dimiliki, ia bukan mudah. Ada syaratnya.

Andai hati itu mahu dimiliki, maka mintalah pada Allah s.w.t.

Jika Allah kabulkanlah, sesungguhnya beruntunglah dia.
Jika Allah lambat kabulkan, perhatikan pada diri, kerana bermakna kamu belum bersedia juga belum mantap dengan segala tanggungjawab yang bakal tersandang di bahumu.
Dan jika tidak Allah kabulkan, bermakna, hati itu bukanlah terbaik untukmu, dan kamu bukan yang terbaik untuk dirinya. Pada masa kini atau masa hadapan, untuk kehidupan, agama atau juga untuk akhiratnya.

-"Syakirin jiddan. Maaf kerana terlebih emosional"

-"La ba's. Kita sahabat selamanya (:"

Demikian suatu pengkisahan. Sahabat sekalian, jika bukan untuk sekeping hati sekalipun. Apa jua yang kita ingini, mintalah dari Allah s.w.t. Kerana semua yang telah kita terima hari ini, adalah tanda kasih dan rahmat dari Allah Rabbuna, yang disampaikan melalui perantara- perantaranya. Jangan sombong untuk meminta.

"Maka nikmat yang manakah hendak kamu dustakan?" - ayat yg berulang dalam surah ar-Rahman.

Adalah lebih sempurna sekiranya kita mencari di mana letak Allah itu dalam hati kita terlebih dahulu, tempatkan diri kita di hampir di sisiNya, sebelum berani meminta hati yang lain yang berada di dalam penjagaanNya.

من أراد أن يعلم منزلته عند الله
 فلينظر كيف منزلة الله من قلبه
 فإن الله عزوجل ينزل العبد 
حيث أنزله العبد من نفسه

"Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah s.w.t meletakkan kedudukan hamba di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya di dalam dirinya."


p/s: Show my way, ya Rabb.

4 comments:

azhar said...

setiap segala sesuatu berjalan atas ketentuan Allah..

Anonymous said...

benar sekali.
bahkan dunia n planet sekalipun berputar atas sunnatullah, tidak sekali mereka menderhaka. berbeza dgn makhluk yg bernama manusia.

terima kasih atas kesudian menyinggah.

-bukanustazah

Anonymous said...

makanya, ustazah telah telah menunjukkan jalan, tq

hantu

Anonymous said...

sesungguhnya setiap segala yg baik datangnya dari Allah swt, the whole of 'em.

kebetulannya sy baru terbaca kata- kata sahabat yg gak masuk tema entri ini, dan indah pula pada sy.

"Jika setiap saat kau mengingati Allah, dan saat itu juga diriku teringatkan Allah, bermakna tika itu kita telah menjadi satu kerana mencintai yg Maha Satu. Di situlah sepatutnya hati kita bertemu."

moga bermanfaat, bro m (:

-bukanustazah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails