Sunday, October 23, 2011

Gumpalan kapas putih.

Wajah mendongak ke langit, mengagumi indahnya simpulan- simpulan awanan putih suci yang berpintal bak gula- gula kapas kegemaran masa kecil. Terasa mahu menarik mencariknya, geram.

Panorama seumpama inilah yang terlakar di benak. Dengan segala coret kata dan buah fikiran yang terkumpul, tersimpul rapi. Ditarik- tarik tidak terurai, dan ia menggencat segala niat untuk berkongsi. Rasa yang tak mampu terurai, dan kata- kata tiada yang bertepatan untuk digores pena. Dan yang menjadikan perbezaannya lebih ketara, tiada satu pun yang di atas sana boleh dibandingkan dengan betapa gelapnya apa yang tersimpan di dalam ini!

Pagi semakin menghampiri, namun sekeping hati ini masih belum mahu terlena. Insomnia semakin menjadi- jadi, dengan tekanan yang tiada pernah akan berkurangan, ditambah rencah dengan penyebab utama yakni segelas besar kopi campuran jenama terkemuka 3 dalam 1. Kesan sampingannya juga terkemuka terutama bagi golongan orang- orang dalam bidang perawatan kesihatan seperti kami yang saban waktu turun ke lapangan hospital berdepan para penghidap penyakit jasmani mahupun rohani. Padah yang diterima berganda, termasuk dari segi psikologinya.

Laut yang kelihatan tenang, tidak sesaat pula pantainya pernah lekang dari dilanda ombak.

Satunya yang menjadi penyebab utama kegusaran, andai yang dikejar sukar dirapat, yang dikendong melayang bertaburan ke merata tempat!

2 comments:

Anonymous said...

akhirna............

tapi belum jelas g apa yang ingin ustaz ceritakan,,, =) hati tu memang perahsia betulll,

~hantu

Anonymous said...

andai senang dikongsi, maka tiada lagi istilah rahsia
andai diletak jelas dan terang, maka tiada perlu lagi wujudnya saya... (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails