Thursday, October 21, 2010

Bidadari Besi...

Aku ingin menjadi sepertinya,
Sang Bidadari Besi.
Mujahidah yang mempertaruhkan nyawa kerana damba kasihNya.
Yang jiwanya tak pernah goyah dan alpa
Meskipun digaris parut kekejaman dunia.

Aku ingin menjadi sepertinya,
Sang Bidadari Besi.
Mujahidah kelompok terakhir yang menjulang agama di hujung pedangnya.
Yang hatinya tak pernah dipaut dunia.
Yang rela menjual dunia sekangkang kera, demi gemilang akhirat yg dijanji.

Aku ingin menjadi sepertinya,
Sang Bidadari Besi.
Mujahidah berakhlak acuan al-Quran.
Peribadinya bersinar seperti sang mentari pagi.
Yang maruah diri terpelihara bersih lagi suci.
Meski sentiasa dihasut pujuk rayu serakah duniawi.

Aku ingin menjadi sepertinya,
Sang Bidadari Besi.
Mujahidah yang namanya tidak dikenali penduduk bumi.
Tapi menjadi sebutan penghuni di langit tinggi.
Dari dulu, dan kini...

Aku ingin menjadi sepertinya.
Sang Bidadari Besi.
Walau dipinggir terasing sendiri.
Walau dihumban caci dan maki.
Walau perit menyiksa hati.

kerana aku mempunyai keyakinan teguh
janji Rabbul Izzati itu pasti.


asrar an-nisa'@bukanustazah.blogspot.com
4.16pm :: 21 Oktober 2010.
Malaysia.

2 comments:

l bro m said...

menarik dan penuh makna bahasa ustazah

tapi kenapa bidadari 'besi'
ada maksud dia ke?

farhanimradziah said...

bro m, sudah terlepas dari kesibukan kah?

ada makna dia tu.
besi dan perisai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails