Saya dah lama nak tanya awak soalan ni. Sebab saya keliru dengan sikap awak. Kenapa berbeza sangat kata- kata dengan tindakan awak? Lalu setelah mengumpul kekuatan dalam hati, saya bertemu dengan awak.
“Awak… awak solat tak?”
“Mestilah aku solat!”
“Kenapa?”
“Sebab solat tu wajib.”
“Wajib? Kalau wajib tu, maksudnye awak kena buatlah ye? Tak boleh tinggal?”
“Kalau dah namanya wajib, mestilah tak boleh tinggal. Nanti Allah murka. Kau tanya ni kenapa?”
“Kalau Allah murka, kenapa?”
“Kau ni kan, kalau aku kata dungu kan kesian pulak! Tak paham2 lagi ke, kalau Allah murka, nanti dia seksa la aku. Aku taknak masuk neraka!”
“Habis tu awak nak masuk syurga ke? Nak buat ape?”
“Hei kau, geramnya aku! Otak ade tak? Fikirla sikit! Mestila nak syurga, sape nak diseksa dalam neraka. Azab pedih giler tu!”
“Mana awak tau, azab tu pedih? Pernah masuk ke?”
“Ya Allah, makhluk apa yang kau hantar nak uji kesabaran aku hari ni nih!” kembang kempis hidung awak menahan sisa2 sabar sebelum menyambung, “memanglah tak pernah masuk! Takkan la kau tak pernah jumpa dalam al-Qur’an, Allah s.w.t memberi amaran bagi orang2 yg melanggar larangan-Nya. Aku percaya dan yakin dengan janji Allah!”
“Maknanya awak buat benda yg wajib sebab awak nak masuk syurga dan taknak diseksa la nih?”
“Tepat sekali! Berjalan jugak otak kau akhirnya. Kau tanya2 ni apa yg kau tak paham sebenarnya?”
“Saya tak faham. Awak betul2 nak masuk syurga, tapi tu… tudung awak…”
“Kenapa? Aku kan pakai tudung nih!”
“Aah, maksud sy, awak sanggul rambut tinggi2 tu, style sanggul arab tu…”
“Eh, ni fesyen terkini la. Kau dengki ngan aku ni kan?”
“Tidaklah. Saya cuma tak faham. Saya tanya awak nak masuk syurga ke tak, awak marah- marah cakap saya takde otak. Tapi awak cakap tak serupa bikin,”
“Apa maksud kau ni? Kau tuduh aku cakap je berdegar- degar ke!”
“Saya pernah terbaca satu hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212
Awak faham tak apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan? Saya minta maaf kalau tersilap dan terkasar bahasa tapi... saya sayang awak. Saya mahu memperoleh redha Allah bersama- sama awak...”
Dan selepas itu awak diam… Sebagai kawan, saudara seagama, saya tidak punyai niat lain. Hanya kerana saya sayang awak.
2 comments:
wakaka
teringat satu peristiwa
kawan2 aku kaw2 berperang mulut dengan akak seksi plus mgoda dgn pakwe dia yg badan besar pun back up akak tu.
kawan aku tegur dorg
pastu dorg ckp
masing2 kubur r
tetiba
aku mencelah
keluar prktaan
"sebab saya sayang akak"
haha
aku pun heran camne leh trkluar
=)
ni kira ikhlas dari hati la tu bro m.
haha =) sikit punyer bertuah akak tu.
Post a Comment