Idea membuka blog ni muncul di fikiran ketika aku sedang bersedih hati di Subuh hari, usai azan mengusap ubun- ubun dan mengucup kening persis seorang ibu yang penyayang menyedarkan diri dari lena. Waktu ini sekalian rakan- rakan masih keenakan diulit mimpi, dan aku sendirian melabuhkan duduk di sofa. Sedang melayan fikiran, membuat percaturan akan masalah di hadapan. Di waktu ini mata hatiku celik meluas, akan lemahnya perananku dalam menyumbang kecemerlangan umat. Hina sungguh, lebih hina aku ini dari seekor anjing kurap di jalanan. Oh, betapa…
Jika dituruti hati, mahu sahaja menyambung tidur dan menarik selimut ke bahu. Tidur itu satu nikmat yang Allah beri kepada manusia yang menghargainya, terutamanya aku. Aku ini pecinta tidur yang setia, cuma akhir- akhir ini bila mengetahui ia curang di belakangku, kini aku berpada- pada dengannya. Tidur itu indah lagi melekakan, kerap biasannya membantu menghilangkan diri dari masalah2 dunia. Namun curangnya tidur yang berlebihan itu membutakan hati, menumpulkan akal, melemahkan kudrat dan fizikal, melembapkan fikiran, merebakkan penyakit malas juga mengganggu seringkas- ringkas proses metabolisasi badan manusia. Dan siapa yg merajakan tidur, maka menjadilah ia orang- orang yang gagal. Forever a loser, for sure.Hm, tak perlu berangan ingin menjadi Sang Puteri Beradu a.k.a Sleeping Beauty. Usahkan sang putera, katak pisang pun tak sudi nak cium! Siapa mahu, orang yang pemalas mentadbir rumahtangga? Siapa yang mahu orang yang seperti mayat hidup? Banyak tidur menjadikan muka sembap, ingat tu…
Mendengar seruan azan, benar, hati terasa ditarik- tarik supaya bangkit. Malu membuak- buak di hati, menepis hasrat sepicing lena. Malu kepada Allah yang telah memberikan aku 24 jam seperti orang- orang lain dengan pelbagai nikmat lain yang melimpah ruah, tapi bilamana waktu dipanggil menyembahnya aku berbaring kemalasan umpama haiwan tanpa kudrat yang menanti ajal di pembaringan. Busuk dihurung lalat, lagi tidak bermakna pada mata- mata makhluk yang masih bernyawa. Apalagi bagi pengingkar suruhan Allah, usahlah berangan mahu hebat di mata penghuni langit, penghuni dunia pun belum tentu mahu memandang aku dengan sebelah mata!
Justeru aku bangkit bersiap, membersihkan diri dengan minda yang tidak henti- henti berputar- putar sebaik terjaga. Aku kadang- kadang merasa hairan dengan diriku sendiri. Adakah orang lain yang mindanya juga tidak pernah berhenti rehat kecuali waktu tidak sedarkan diri? Minda ini seakannya tengah memecut di trek lumba lari maraton, cuba mengatasi MASA iaitu sang juara bertahan yang tidak pernah kalah. Terasa seakan zaman demi zaman telah aku langkaui dengan minda yang tidak berhenti bekerja ini, sehingga aku merasa sekujur tubuh ini telah tua dan layu. Worn out, kata orang putihnya. Dan juga orang- orang tak putih yang menggunakan bahasa Inggeris layaknya. Pastinya, kita perlu menghargai setiap insan, bukan begitu? XD
Aku hanya mahu dikenali sebagai Asrar. Seorang hamba Allah. Seorang mahasiswi dari sebuah universiti tempatan yang insyaAllah bakal menjadi menamatkan pengajian tidak lama lagi. Meneruskan pengajian dalam jurusan dunia. Seorang pemerhati huru- hara masyarakat. Seorang penuntut ilmu selagi hayat dikandung badan. Sedang memilih jalan ke syurga. Mempersiapkan diri untuk jawatan serikandi dan bidadari dunia. Insan biasa yang wujudku tidak memberi makna, hilangku tiada cacat dan cela. Identitiku Biarlah Rahsia, Tujuannya supaya aku selesa berkongsi kata- kata, masalah dan pandanganku. Aku tidak mahu disalah erti. Aku tidak mahu ada sebarang penilaian condong samada tinggi atau rendah hanya kerana ada dalam kalangan kalian yang mengenaliku.
Menggunakan ganti nama diri ‘aku’ dan tidak ‘saya’ seperti mana biasanya atas alasan peribadiku sendiri. ‘Saya’ ini sebenarnya turut mengingatkan aku akan seorang teman. Aku tak hargainya sehingga aku kehilangannya. Hilang tapi wujud di depan mata. (memetik kata- kata penulis blog DIMANA BIDADARI) Kehilangan yang sangat- sangat menyakitkan walaupun sebenarnya aku yang meninggalkannya di saat wujud perasaan di hati. Dan tegasku, aku bukan ustazah. Hanya aku ini satu daripada mata- mata rantai yang turut berjuang menyambung dakwah Rasulullah SAW. Memberikan yang termampu sedaya kudratku, berkongsi apa yang kutahu walau secebis cuma bagi menyahut kewajipan amar makruf nahi mungkar. Hadirku untuk berkongsi dan meminta pandangan kalian akan pelbagai masalah. Moga di pengakhiran, hasilnya dapat menjadi panduan dan memberi manfaat kepada mata- mata yang membaca. Moga bermanfaat.
Cukup mengenaiku bagi yang mahu mengetahui. Tak perlu lebih kerana aku bukan insan istimewa yang perlu dikenali. Hanya dari kata- kata tidak memungkinkan kalian mengerti kehidupan aku ini, kecuali Allah yang mengetahui segenap kata- kata baik yang terucap mahupun terahsia di dalam dada. Kita tidak perlu menjelaskan panjang lebar mengenai diri kita. Kerana seorang yang menyayangi kita tidak memerlukannya. Dan seorang yang membenci kita tidak akan senang mahupun percaya padanya. Ini kata- kata yang aku terjemahkan siap- siap dari satu peribahasa orang putih.
Unzur ila ma qola, wa la tanzur ila MAN qola
Unzur ila ma qola, wa la tanzur ila MAN qola
-Lihat kepada apa yang dikata, jangan lihat siapa yang berkata.
(Saidina Ali r.anhu)
(Saidina Ali r.anhu)
Sekian adanya dariku, seorang insan hina.
~Al-faqirah ila rabbi.
6 comments:
hehe
jika takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai
jika takut akan mehnah
jangan sesekali gentar akan badai
identiti kamu dirahsia
bagaimana mahu meng'sohih'kan ilmu?
makin ramai yg keliru
jika daie bertopeng datang berdakwah
hhehehe
lain kali
bagitahu nama, alamat, belajar kat mana, senang sikit orang nak rujuk hik4
=)
bro M, teguran bernas dan berhikmah. terima kasih :D
sy ada reason yg tersendiri, cuma buat masa sekarang biarlah asrar~ rujukan insyaallah sy gunakan yg jelas dari al-Quran, hadis, kitab2, web dan ustaz2 sekali di mana perlu
thanx bro ^^
stju dgn bro tu..
bgi tau la identt n ckup2 la jadi pemerhati y smbunyi..
nk tahu apekah grngan orgnye pemerhati huru- hara masyarakat y empersiapkan diri untuk jawatan serikandi dan BIDADARI dunia..
bknustaz
saudara bukanustaz yg dirahmati Allah,
sy memahami rasa ingin tahu tersebut, almaklum manusia memang tercipta pakej dengan sifat curiousity.tapi maaf ya, tidak dalam masa terdekat. insyaAllah cadangan mungkin dipertimbangkan.
terima kasih =)
bgus..bknustazah memiliki ciri2 seorg ustzah
-bknustz-
stail bukanustaz ni mcm waza. apakah instinct sy tsasar?
bukan ciri ustazah yg diburu, tp akhlak muslimah solehah yg cuba djadikan contoh. hanya sy yg dhaif ini masih terlalu jauh dan tidak layak rasanya. wallahu'alam
-asrar-
Post a Comment