Tuesday, September 28, 2010

...

manusia yg paling kuat adalah manusia yg paling dapat menahan sepi di hati
manusia yg paling berkuasa ke atas diri sendiri adalah manusia yg memegang segala rahsianya

Saturday, September 25, 2010

Kerana saya sayang awak.

Saya dah lama nak tanya awak soalan ni. Sebab saya keliru dengan sikap awak. Kenapa berbeza sangat kata- kata dengan tindakan awak? Lalu setelah mengumpul kekuatan dalam hati, saya bertemu dengan awak.

“Awak…  awak solat tak?”

“Mestilah aku solat!”

“Kenapa?”

“Sebab solat tu wajib.”

“Wajib? Kalau wajib tu, maksudnye awak kena buatlah ye? Tak boleh tinggal?”

“Kalau dah namanya wajib, mestilah tak boleh tinggal. Nanti Allah murka. Kau tanya ni kenapa?”

“Kalau Allah murka, kenapa?”

“Kau ni kan, kalau aku kata dungu kan kesian pulak! Tak paham2 lagi ke, kalau Allah murka, nanti dia seksa la aku. Aku taknak masuk neraka!”

“Habis tu awak nak masuk syurga ke? Nak buat ape?”

“Hei kau, geramnya aku! Otak ade tak? Fikirla sikit! Mestila nak syurga, sape nak diseksa dalam neraka. Azab pedih giler tu!”

“Mana awak tau, azab tu pedih? Pernah masuk ke?”

“Ya Allah, makhluk apa yang kau hantar nak uji kesabaran aku hari ni nih!” kembang kempis hidung awak menahan sisa2 sabar sebelum menyambung, “memanglah tak pernah masuk! Takkan la kau tak pernah jumpa dalam al-Qur’an, Allah s.w.t memberi amaran bagi orang2 yg melanggar larangan-Nya. Aku percaya dan yakin dengan janji Allah!”

“Maknanya awak buat benda yg wajib sebab awak nak masuk syurga dan taknak diseksa la nih?”

“Tepat sekali! Berjalan jugak otak kau akhirnya. Kau tanya2 ni apa yg kau tak paham sebenarnya?”

“Saya tak faham. Awak betul2 nak masuk syurga, tapi tu… tudung awak…”

“Kenapa? Aku kan pakai tudung nih!”

“Aah, maksud sy, awak sanggul rambut tinggi2 tu, style sanggul arab tu…”


“Eh, ni fesyen terkini la. Kau dengki ngan aku ni kan?”

“Tidaklah. Saya cuma tak faham. Saya tanya awak nak masuk syurga ke tak, awak marah- marah cakap saya takde otak. Tapi awak cakap tak serupa bikin,”

“Apa maksud kau ni? Kau tuduh aku cakap je berdegar- degar ke!”

“Saya pernah terbaca satu hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

Awak faham tak apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan? Saya minta maaf kalau tersilap dan terkasar bahasa tapi... saya sayang awak. Saya mahu memperoleh redha Allah bersama- sama awak...”

Dan selepas itu awak diam… Sebagai kawan, saudara seagama, saya tidak punyai niat lain. Hanya kerana saya sayang awak.




p/s: sambungan kartun...



Friday, September 24, 2010

Blog: Bukan Ustazah

Idea membuka blog ni muncul di fikiran ketika aku sedang bersedih hati di Subuh hari, usai azan mengusap ubun- ubun dan mengucup kening persis seorang ibu yang penyayang menyedarkan diri dari lena. Waktu ini sekalian rakan- rakan masih keenakan diulit mimpi, dan aku sendirian melabuhkan duduk di sofa. Sedang melayan fikiran, membuat percaturan akan masalah di hadapan. Di waktu ini mata hatiku celik meluas, akan lemahnya perananku dalam menyumbang kecemerlangan umat. Hina sungguh, lebih hina aku ini dari seekor anjing kurap di jalanan. Oh, betapa…

Jika dituruti hati, mahu sahaja menyambung tidur dan menarik selimut ke bahu. Tidur itu satu nikmat yang Allah beri kepada manusia yang menghargainya, terutamanya aku. Aku ini pecinta tidur yang setia, cuma akhir- akhir ini bila mengetahui ia curang di belakangku, kini aku berpada- pada dengannya. Tidur itu indah lagi melekakan, kerap biasannya membantu menghilangkan diri dari masalah2 dunia. Namun curangnya tidur yang berlebihan itu membutakan hati, menumpulkan akal, melemahkan kudrat dan fizikal, melembapkan fikiran, merebakkan penyakit malas juga mengganggu seringkas- ringkas proses metabolisasi badan manusia. Dan siapa yg merajakan tidur, maka menjadilah ia orang- orang yang gagal. Forever a loser, for sure.Hm, tak perlu berangan ingin menjadi Sang Puteri Beradu a.k.a Sleeping Beauty. Usahkan sang putera, katak pisang pun tak sudi nak cium! Siapa mahu, orang yang pemalas mentadbir rumahtangga? Siapa yang mahu orang yang seperti mayat hidup? Banyak tidur menjadikan muka sembap, ingat tu…

Mendengar seruan azan, benar, hati terasa ditarik- tarik supaya bangkit. Malu membuak- buak di hati, menepis hasrat sepicing lena. Malu kepada Allah yang telah memberikan aku 24 jam seperti orang- orang lain dengan pelbagai nikmat lain yang melimpah ruah, tapi bilamana waktu dipanggil menyembahnya aku berbaring kemalasan umpama haiwan tanpa kudrat yang menanti ajal di pembaringan. Busuk dihurung lalat, lagi tidak bermakna pada mata- mata makhluk yang masih bernyawa. Apalagi bagi pengingkar suruhan Allah, usahlah berangan mahu hebat di mata penghuni langit, penghuni dunia pun belum tentu mahu memandang aku dengan sebelah mata!

Justeru aku bangkit bersiap, membersihkan diri dengan minda yang tidak henti- henti berputar- putar sebaik terjaga. Aku kadang- kadang merasa hairan dengan diriku sendiri. Adakah orang lain yang mindanya juga tidak pernah berhenti rehat kecuali waktu tidak sedarkan diri? Minda ini seakannya tengah memecut di trek lumba lari maraton, cuba mengatasi MASA iaitu sang juara bertahan yang tidak pernah kalah. Terasa seakan zaman demi zaman telah aku langkaui dengan minda yang tidak berhenti bekerja ini, sehingga aku merasa sekujur tubuh ini telah tua dan layu. Worn out, kata orang putihnya. Dan juga orang- orang tak putih yang menggunakan bahasa Inggeris layaknya. Pastinya, kita perlu menghargai setiap insan, bukan begitu? XD

Aku hanya mahu dikenali sebagai Asrar. Seorang hamba Allah. Seorang mahasiswi dari sebuah universiti tempatan yang insyaAllah bakal menjadi menamatkan pengajian tidak lama lagi. Meneruskan pengajian dalam jurusan dunia. Seorang pemerhati huru- hara masyarakat. Seorang penuntut ilmu selagi hayat dikandung badan. Sedang memilih jalan ke syurga. Mempersiapkan diri untuk jawatan serikandi dan bidadari dunia. Insan biasa yang wujudku tidak memberi makna, hilangku tiada cacat dan cela. Identitiku Biarlah Rahsia, Tujuannya supaya aku selesa berkongsi kata- kata, masalah dan pandanganku. Aku tidak mahu disalah erti. Aku tidak mahu ada sebarang penilaian condong samada tinggi atau rendah hanya kerana ada dalam kalangan kalian yang mengenaliku.

Menggunakan ganti nama diri ‘aku’ dan tidak ‘saya’ seperti mana biasanya atas alasan peribadiku sendiri. ‘Saya’ ini sebenarnya turut mengingatkan aku akan seorang teman. Aku tak hargainya sehingga aku kehilangannya. Hilang tapi wujud di depan mata. (memetik kata- kata penulis blog DIMANA BIDADARI) Kehilangan yang sangat- sangat menyakitkan walaupun sebenarnya aku yang meninggalkannya di saat wujud perasaan di hati. Dan tegasku, aku bukan ustazah. Hanya aku ini satu daripada mata- mata rantai yang turut berjuang menyambung dakwah Rasulullah SAW. Memberikan yang termampu sedaya kudratku, berkongsi apa yang kutahu walau secebis cuma bagi menyahut kewajipan amar makruf nahi mungkar. Hadirku untuk berkongsi dan meminta pandangan kalian akan pelbagai masalah. Moga di pengakhiran, hasilnya dapat menjadi panduan dan memberi manfaat kepada mata- mata yang membaca. Moga bermanfaat.

Cukup mengenaiku bagi yang mahu mengetahui. Tak perlu lebih kerana aku bukan insan istimewa yang perlu dikenali. Hanya dari kata- kata tidak memungkinkan kalian mengerti kehidupan aku ini, kecuali Allah yang mengetahui segenap kata- kata baik yang terucap mahupun terahsia di dalam dada. Kita tidak perlu menjelaskan panjang lebar mengenai diri kita. Kerana seorang yang menyayangi kita tidak memerlukannya. Dan seorang yang membenci kita tidak akan senang mahupun percaya padanya. Ini kata- kata yang aku terjemahkan siap- siap dari satu peribahasa orang putih.
Unzur ila ma qola, wa la tanzur ila MAN qola
-Lihat kepada apa yang dikata, jangan lihat siapa yang berkata.
(Saidina Ali r.anhu)

Sekian adanya dariku, seorang insan hina.
~Al-faqirah ila rabbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails